Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D
Artikel ini telah dikeluarkan dalam Majalah Cermin, Disember 2003
Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga. Kita mungkin tidak bercita-cita terlalu tinggi seperti Datuk Azhar Mansor yang berlayar di lautan luas seorang diri; atau seperti Datuk Abdul Malek yang berenang merentasi Selat Inggeris; atau seperti Shalin Zulkifli yang menjadi ratu bowling negara; atau seperti Yap Sui Lin yang mendapat 16A dalam SPMnya.
Tetapi janganlah pula sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti. Sekurang-kurangnya, kalau kita sebagai pekerja maka berusahalah untuk menjadi pekerja yang cemerlang hingga menerima anugerah dari majikan. Kalau kita seorang usahawan binalah empayar perniagaan kita yang mampu diwarisi oleh anak cucu. Kalau kita sebagai seorang pelajar belajarlah dan berusahalah hingga sampai ke peringkat yang tertinggi.
Kejayaan bolehlah ditakrifkan sebagai pencapaian seseorang menepati matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan olehnya. Oleh itu kejayaan adalah suatu bentuk yang subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri. Bagi seseorang usahawan, memperolehi pendapatan RM10,000 sebulan itu adalah menepati sasaran awalnya dan baginya ia adalah satu kejayaan. Tetapi RM10,000 ini mungkin suatu kegagalan bagi usahawan yang pada kebiasaannya mampu menjana pendapatan RM50,000 sebulan. Apabila kita tiba ke matlamat yang telah ditetapkan kita mula rasa selesa. Setelah beberapa ketika kita rasa tiada apa lagi yang mencabar di tahap tersebut. Kalau kita terus berada dalam zon selesa itu maka lambat laun kita akan gagal kerana orang lain sudah semakin maju. Oleh itu perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudiannya mencabar diri untuk maju ketahap yang seterusnya pula. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk cabar diri bagi terus maju dalam kehidupan.
1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi
Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula. Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.
2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain
Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak. Baca kisah-kisah kejayaan orang lain, hayati bagaimana mereka menghadapi cabaran dan menyusuri liku-liku kepayahan sebelum nama mereka tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati yang membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk menjatuhkan saingan kita.
Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih lemah, lebih muda, dan kurang upaya dari kita mampu mencapai satu pencapaian yang luar biasa.
Saudara Abdul Halim, seorang yang kudung kaki dan tangannya tetapi boleh belajar masuk universiti, keluar sebagai akauntan, buka syarikat sendiri dan pernah terima anugerah daripada PM Malaysia. Tak cemburukah kita?
3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati
Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Apabila kita sudah meraih pendapatan RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan kita berkata, "Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan lima angka sebulan. Sekurang-kurangnya dah ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira ok lah aku ni… ". Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi. Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita? Kenapa sering membandingkan diri dengan orang yang lemah dan kurang dari kita? Bandinglah dengan mereka yang lebih berjaya, yang memiliki bangunan sendiri, yang menjadi jutawan, yang berkereta mewah, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita belum lagi OK! Jadi, usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi.
Salah satu faktor yang mencipta perhubungan ialah sikap terbuka.sikap terbuka biasanya di ertikan sebagai sikap sedia mendengar pandangan,cadangan,kritikan dan teguran daripada orang lain.dalam bidang komunikasi perhubungan.istilah terbuka mempunyai makna yang berlainan sedikit.lazimnya orang mentafsirkan istilah sikap terbuka dengan pengertian seseorang itu mudah menerima pendapat dan idea daripada orang lain.
Dalam perhubungan,istilah sikap terbuka bermakna kesediaan seseorang itu membenarkan apa yang ada dalam akal fikirannya dan apa yang yang dirasakannya.sesetengah orang tidak suka pasangannya mengenali siapa dirinya yang sebenar.mereka tidak suka memberikan maklumat yang amat peribadi sifatnya.
Sifat terbuka mempunyai perkaitan yang kuat dengan rasa puas hati,perasaan selamat dan bahagia.individu yang bahagia yakin mereka amat kenal pasanganya.oleh demikian mereka boleh meramalkan tingkah laku pasangannya, dan hal itu membuatkan mereka berasa amat selamat.dan adakala satu pihak lagi tidak benar2 mengenali siapa dan sikap pasangannya.dan disebab itu dia tidak tahu apa yang ada dalam kepala dan dalam hati pasangannya.......oleh itu setiap perkara biar lah berlandaskan sikap percaya dan keyakinan ............ smileszz alwayszz
Gejala-gejala yang terjadi pada masa lampau masih datang dan pergi tanpa kita sedari, anda baru dapat menemukan jalan untuk keluar dari masalah emosi anda jika pada akhirnya anda menemukan punca permasalahannya.
Jika anda merasa bersalah pada orang lain, anda akan meminta maaf, hanya jika anda telah mengakui pada diri anda sendiri bahwa apa yang anda lakukan adalah salah. Ketika anda menyadari bahwa aborsi adalah sesuatu yang salah dan anda menyesalinya, anda harus berkomitmen untuk meminta maaf pada diri anda sendiri, dan anda harus mampu untuk memaafkan diri anda sendiri. Inilah langkah pertama untuk meninggalkan masa lalu anda demi kebaikan.
Bagaimana caranya anda dapat memaafkan diri anda sendiri? Anda harus dapat berdamai dengan masa lalu anda dengan tidak lagi menyangkal atas kesalahan yang pernah anda lakukan. Anda harus dapat menerima kejadian tersebut sebagai sebhgian masa lalu anda yang tidak dapat di pisahkan dari anda, sesuatu yang telah membentuk diri anda sekarang. Anda tidak dapat merubah sesuatu yang telah terjadi, namun anda dapat menentukan masa depan anda jauh lebih baik dari waktu ini ataupun masa lalu. Jika anda meyakini kejadian ini sebagai sesuatu yang salah bukan bererti hal tersebut akan terus menghantui anda untuk terus memilih cara yang salah. Kesalahan adalah suatu hal yang sangat ilmiah, namun ketika anda melakukan kesalahan lah, anda akan belajar lebih banyak tentang hidup dan kebenaran itu sendiri.
Berdamailah dengan perasaan bersalah anda. sedari bahwa perasaan bersalah anda adalah suatu hal yang normal dan alamiah, namun sedari juga bahawa pengampunan selalu ada bagi setiap orang yang menginginkannya melalui keyakinan anda. tuhan mencintai anda, dan karena kecintaannya pulalah semua dosa memiliki pengampunan
Yakinlah bahwa tuhan akan memberikan pengampunan nya bagi diri anda dan melepaskan anda dari ganguan emosi yang mengganggu anda selama ini. Hanya jika anda telah mampu memaafkan diri anda sendiri, maka anda baru dapat meneruskan hidup anda dengan penuh suka cita. Kerana ketika anda memaafkan diri anda sendiri maka ikatan emosi buruk dengan masa lalu anda tidak dapat lagi mempengaruhi langkah anda ke depannya. Anda akan jauh merasa lebih lega dan lebih percaya diri untuk membuat keputusan penting dalam hidup anda.
pohonlah pengampunan tuhan. Sedari bahwa dengan menerima pengampunan tuhan, rasa bersalah anda akan tergantikan dengan berkah yang besar. berdoalah pada tuhan dan ucapkan dalam doa anda rasa bersalah dan penyesalan anda, berterimakasihlah pada tuhan atas kesempatan besar yang masih dia berikan melalui hidup kini yg masih anda miliki. percayalah bahwa tuhan telah mengampuni anda.
Jika Tuhan saja Maha Pengampuan maka siapakah diri kita yang begitu susah memberikan keampunan….keampunan Tuhan takkan menjangkau diri kita selama kita masih belum dapat memberi ampunan pada diri kita sendiri.
Setiap manusia memiliki system nilai bagi dirinya sendirinya, sesuatu yang di bawa sejak manusia pertama kali di lahirkan ke muka bumi dan tidak dapat di cabut atau di gantikan. System penilaian ini dimiliki oleh setiap orang sesuai dengan minda kesedarannya. Salah dan benar yang mengerti sepenuhnya adalah pribadi kita sendiri. Ketika seseorang melakukan kesalahan, meskipun tanpa ada orang lain yang mengetahuinya namun dirinya sendiri sudah mampu memahami kesalahan tersebut. Sekalipun akan ada cara pembelaan diri namun alam bawah sedar kita tetap tidak mampu di kalahkan oleh pembelaan sekular manusia.
Rasa bersalah adalah sesuatu yang secara normal dan alamiah muncul ketika seseorang bertindak tidak sesuai dengan system penilaian peribadi. Rasa bersalah adalah salah satu emosi yang muncul yang bukan untuk di singkirkan atau di sangkal tapi untuk di fahami di mana terletaknya kesalahan dan pengaruh nya atas tanggung jawab yang harus dipikul akan tindakannya tersebut.
Ketika anda merasa melakukan kesalahan terhadap orang lain maka anda akan meminta maaf untuk menghilangkan rasa bersalah anda, lalu jika anda melakukannya pada diri anda sendiri, apa yang harus anda lakukan? Tentu saja jawabannya adalah anda harus memaafkan diri anda sendiri. Tentu saja tidak mudah, kerana kadang memaafkan orang lain lebih mudah daripada memaafkan diri anda sendiri. Namun anda patut terus mencuba untuk memaafkan diri anda sendiri, kerana ketika anda tidak memaafkan diri anda sendiri anda hanya menambah beban yang semakin berat ke dalam hidup anda, dan beban yang berat hanya akan membuat langkah anda terhambat untuk berlari mengejar masa depan yang anda impikan.
Tidak ada manusia yang sempurna, dan kesalahan seseorang tetap terjadi maka perlu ada pada pemahaman yang lebih baik dan lebih bijaksana mengenai kehidupan. Sedarilah bahwa anda tidak sempurna namun juga tidak cacat untuk mampu bijak terhadap diri sendiri.
Jika anda yakin bahwa tuhan maha penyayang dan pengampun, maka mintalah pada nya agar anda mampu memaafkan diri anda sendiri. Tidak ada yang dapat membantu anda mengatasi rasa bersalah anda selain dengan memaafkan diri sendiri dengan kekuatan yang tuhan berikan untuk anda.
Memberi semangat motivasi pada diri sendiri memerlukan Anda untuk mahir mendorong diri sendiri. Untuk mendorong diri sendiri, ikuti tips motivasi ini. Anda perlu :
1. Latih diri untuk mempunyai persepsi yang baik berkenaan realiti hidup.
2. Apa saja yang berlaku, positif atau negatif, cari hikmah disebaliknya. Dugaan Allah wujud dalam bentuk baik atau buruk.
3. Ambil pengajaran dari kisah benar yang berlaku di sekeliling Anda, gali motivasi tersirat sebanyak mungkin.
4. Set matlamat dan cetuskan motivasi yang membakar semangat Anda menuju matlamat tersebut.
5. Memantau diri sendiri, percakapan, perbuatan, perbualan diri sendiri dan respon fikiran pada situasi yang berlaku di sekeliling.
6. Rajin membersihkan hati, rajin bersyukur atas semua yang Anda ada.
Pendek kata, pilih untuk jadi orang yang ada motivasi!
Terdapat beberapa tabiat buruk yang akan memusnahkan kerjaya anda. Jika tidak dikawal, pasti prestasi kerjaya anda jatuh menjunam.
1. Datang Lewat : dalam membina kerjaya, disiplin merupakan pokok utama. Lewat ke pejabat, gagal menepati temujanji dengan klien hanya akan melepaskan kerjaya anda.
2. Bergosip : umpat-mengumpat di pejabat sememangnya menjadi budaya sebahagian daripada kita khususnya orang melayu. Namun, awas sikap bergosip ini tidak membawa sebarang faedah, hanya mengundang konflik yang akan memberi kesan buruk terhadap prestasi kerjaya anda.
3. Menangguhkan Kerja : sikap sebegini hanya mengundang masalah. Penangguhan kerja akan menyebabkan anda melakukan kerja ala kadar sahaja. Jika dilakukan tergesa-gesa, pasti kualiti kerja terjejas.
4. Menyalahgunakan Harta Syarikat : menyalahgunakan harta syarikat seperti telefon, mesin cetak dan sebagainya demi kepentingan sendiri adalah harus dielakkan. Berbual di telefon dalam jangka masa yang lama hanya membuat anda leka, kesannya banyak tugasan yang tangguh.
5. Menolak Tugasan : Sikap memilih tugasan seperti enggan menerima tugasan luar, malas bertemu klien seharusnya dielakkan. Terima apa sahaja tugasan yang diberikan oleh bos anda selagi ia masih dalam skop pekerjaan anda. Sekiranya anda berterusan bersikap memilih, lupakan saja impian untuk cemerlang dalam kerjaya anda.
6. Girlfriend/ Awek / Makwe : Sms, berchating YahooMessenger, MSNmesenger memanglah seronok terumatama mempunyai kekasih. Kisah romantik, cerita masalah, gurauan ini yang melalaikan. Perkara sebegini tidak perlulah berlaku diwaktu kerja, malah boleh berbincang selepas waktu kerja. Kadang-kadang dunia ‘chating’ juga boleh mendatangkan pergaduhan malah boleh mencacatkan emosi serta idea kita untuk membuat kerja.
Bila mana kita duduk seorang diri tanpa melakukan apa-apa kerja, kadangkala kita terfikirkan tentang diri kita. Siapa diri kita yang sebenarnya? Kenapa kita wujud? Apakah tujuan kewujudan kita?
Banyak pendapat mengatakan setiap orang ada matlamat akhir kehidupan mereka. Baik untuk menjadi seorang yang berjaya di dalam bidang masing-masing, mahupun untuk bahagia hidup bersama keluarga. Ramai yang mengatakan mereka tahu kehendak diri masing-masing. Sebahagian besar mengatakan mereka tahu bagaimana untuk mencapai kehendak mereka. Dan tidak kurang, yang menyatakan mereka hilang punca dan arah apabila pelan hidup mereka tidak menjadi kenyataan kerana sebab musabab yang tertentu.
Semalam aku terfikir. Hidup aku punya macam-macam matlamat yang ingin aku capai. Hidup aku penuh dengan impian, tanggungjawab dan kehendak. Hidup aku bersulam penuh dengan lumrah manusia. Tapi, seperti lumrah manusia juga, banyak cabaran dan halangan muncul dalam hidup. Seperti lumrah manusia juga, banyak impian, tanggungjawab dan kehendak yang tidak kesampaian.
Jadi apa yang harus aku buat? Cuba lagi? Kecewa? Marah? Kesal? Bila aku fikirkan semula, aku dapati yang aku melakukan kesilapan paling besar dalam hidup aku. Kesilapan kerana aku gagal mengenali diri aku sendiri. Kesilapan kerana mempunyai matlamat hidup yang salah.
Hidup di dunia bukannya kekal. Tujuan kita hidup bukan untuk dunia. Tapi untuk kehidupan kita selepas di dunia. Kita diwujudkan semata-mata untuk beribadat kepada Tuhan Yang Satu. Niat utama kita hendaklah selaras dengan tujuan kewujudan kita. Barulah apa yang kita inginkan dalam hidup betul. Barulah cita-cita kita betul. Barulah cara kita betul. Kalau dunia ini impian kita, maka dunialah yang akan kita pegang. Akan kita kendong. Akan kita bergelumang. Hasilnya? Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Tapi kalau kita berpegang kembali pada jalan yang asal, kita akan tidak mudah kecewa. Tidak mudah marah. Tidak mudah kesal. Kita tahu, keinginan kita semata-mata kerana untuk mencapai keredhaan Allah. Jadi, kalau apa yang kita usahakan tidak seperti apa yang kita inginkan, kita akan redha dengan ketentuan Allah. Kita akan yakin keputusan tersebut adalah kehendak Allah, dan setiap kejadian yang diputuskan oleh Allah ada hikmahnya tersendiri. Hidup kita akan lebih yakin, teratur dan bebas dari niat buruk dan hasad dengki.
Jadi sama-samalah kita beringat selalu tentang tujuan kita diwujudkan. Mudah-mudahan kita selamat dunia dan akhirat. Amin